Rabu, 14 Ogos 2013

Kepentingan Ilmu Pengetahuan



Adalah menjadi kewajiban menuntut ilmu sebelum mempraktikan dalam bentuk amalan. Semua ilmu akan mejadi memori dalam fikiran orang yang berilmu dan bertindak menjadi panduan dalam segala perkara yang bakal dilakukan supaya mendatangkan hasil yang terbaik.

Di dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawasanya ilmu yang dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia hanya sedikit sahaja. Ilmu yang disertai oleh iman bermaksud mempunyai perasaan pertimbangan, iaitu mizan dunia yang mengimbangi tuntutan hidup.

Dalam kehidupan sebenarnya kita berlumba, bersedia merebut peluang, yang kuat akan berjaya dan yang lemah akan ketinggalan.Golongan kaya terus mengumpul kekayaan dunia manakala yang miskin hidup melarat. Kemajuan ilmu yang tinggi telah menyebabkan taraf pekerjaan menjadi rendah, ramai buruh terpaksa diberhentikan kerana ilmu teknologi mesin telah mengambil tempat tenaga manusia. Oleh yang demikian berusahalah dan bekerja seiring dengan ilmu pengetahuan supaya benar-benar memberi menafaat kepada manusia tanpa merosakan alam.

Ahad, 11 Ogos 2013

Jiwa yang Zuhud

"Kekayaan tidaklah diukur dengan banyaknya harta, namun kekayaan yang hakiki adalah kekayaan hati."

Ahad, 28 Julai 2013

Busy..busy..busy..


 I'm insanely busy with working assigments for the next 2 weeks or so...

Perkukuhkan Akidah Kita.

Akidah Islam adalah akidah yang tetap dan tepat tanpa mnerima penambahan dan pengurangan,perubahan dan penyesuiaan.Tiada suatu kuasa pun yang berhak untuk berbuat demikian.Sebarang tokok tambah atau perubahan ataupun penyesuaian dengan sendirinya tertolak dan tidak diterima.
Akidah Islam merupakan satu pengangan yang kuat dan kukuh.Pegangan selain daripada akidah Islam adalah lemah dan reput.Firman Allah subhanawata'ala dlm Surah Al-Angkabut Ayat 41" Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain ALLAH adalah seperti labah-labah yang membuat rumah.Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah kalau meerka mengetahuinya "

Sabtu, 27 Julai 2013

Self Excercise

Fasting, taraweeh prayers, I'tikaaf and other acts of worship during Ramadan give us a boost in Imaan and develop our self-control. 

Berpeganglah Dengan Tali ALLAH Subhanawata'ala

" Dialah (ALLAH) yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk itu dengan takdir-Nya yang sempurna " ....[Firman AlLLAH dalam Surah Furqan Ayat 2]

Keajaiban Yang Selalu kita Lupakan

Keteguhan iman kita terletak pada kesungguhan untuk mendekatkan diri dengan ALLAH subhanawata'ala. Justeru lakukan amal-ibadah dengan ikhlas dan jauhilah kemungkaran. Manafaatkan masa dalam hal-hal keduniaan seiring dengan tuntutan Al-Quran Nurkarim yang diperkenalkan oleh jujungan besar kita Nabi Muhammad Sallahua'alaiwassalam. 
[ Syed Hassan Ramadhan merenung jauh tentang kebesaran ALLAH subhanawata'ala di mana dengan kekuasaan ALLAH subhanawata'ala kesihatannya beransur pulih ]