Ahad, 28 Julai 2013

Busy..busy..busy..


 I'm insanely busy with working assigments for the next 2 weeks or so...

Perkukuhkan Akidah Kita.

Akidah Islam adalah akidah yang tetap dan tepat tanpa mnerima penambahan dan pengurangan,perubahan dan penyesuiaan.Tiada suatu kuasa pun yang berhak untuk berbuat demikian.Sebarang tokok tambah atau perubahan ataupun penyesuaian dengan sendirinya tertolak dan tidak diterima.
Akidah Islam merupakan satu pengangan yang kuat dan kukuh.Pegangan selain daripada akidah Islam adalah lemah dan reput.Firman Allah subhanawata'ala dlm Surah Al-Angkabut Ayat 41" Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain ALLAH adalah seperti labah-labah yang membuat rumah.Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah kalau meerka mengetahuinya "

Sabtu, 27 Julai 2013

Self Excercise

Fasting, taraweeh prayers, I'tikaaf and other acts of worship during Ramadan give us a boost in Imaan and develop our self-control. 

Berpeganglah Dengan Tali ALLAH Subhanawata'ala

" Dialah (ALLAH) yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk itu dengan takdir-Nya yang sempurna " ....[Firman AlLLAH dalam Surah Furqan Ayat 2]

Keajaiban Yang Selalu kita Lupakan

Keteguhan iman kita terletak pada kesungguhan untuk mendekatkan diri dengan ALLAH subhanawata'ala. Justeru lakukan amal-ibadah dengan ikhlas dan jauhilah kemungkaran. Manafaatkan masa dalam hal-hal keduniaan seiring dengan tuntutan Al-Quran Nurkarim yang diperkenalkan oleh jujungan besar kita Nabi Muhammad Sallahua'alaiwassalam. 
[ Syed Hassan Ramadhan merenung jauh tentang kebesaran ALLAH subhanawata'ala di mana dengan kekuasaan ALLAH subhanawata'ala kesihatannya beransur pulih ]

Jumaat, 26 Julai 2013

Iktibar Untuk Diri Kita Tentang Nikmat Kehidupan Dari-Nya

https://www.facebook.com/photo.php?v=341152969349618&set=vb.100003647547862&type=2&theater
Marilah kita renungkan sejenak dengan mengambil IKTIBAR dari apa yang berlaku di sekeliling kita, lakukan sesuatu untuk gembirakan mereka yang serba KEKURANGAN. Berhentilah dari mengeluh dengan apa yang kita RASA KURANG dari orang lain danberSYUKURlah sekiranya ALLAH Subhanawata'ala masih kurniakan NIKMAT yang BANYAK. Utamakan yang perlu dengan menjalankan TANGGUNG-JAWAB kepada KELUARGA dan UMMAH. [ Syed Hassan Ramadhan menulis mesej ini dari daerah yang terasing ]

Kemerduan Suara Bacaan Al-Quran Dari Seorang Kanak-Kanak Yang Belum Berdosa.

https://www.facebook.com/photo.php?v=149317278596901&set=vb.400528296698689&type=2&theater
Belum terlambat kita sebagai orang dewasa membimbing ahli keluarga dalam pembelajaran Al-Quran dengan harapan mereka boleh menjadi muslim yang sejati serta kukuh imannya.[ Syed Hassan Ramadhan ]

Do'a Orang Yang Teraniaya [ Dizalimi ]



Bismillahir Rahmannirrohimm اتقوادعوةالمظلوم ولوكان كافرا, فانهاليس دو نهاحجاب"Ittaquu Da'watal Mazhluumi Walaukaana Kaafiraan, Fainnahaa Laysa Duunahaa Hijaabuun""Jagalah dirimu dari (Do'a) pengaduan orang yang teraniaya, walaupun ia seorang kafir, karena pengaduannya itu tidak ada halangan yang merintang"

[ Hadith Riwayat Muslim ]

Khamis, 25 Julai 2013

Sifat-Sifat Suami Yang Hebat




1. Imam Solat. Suami yang mampu menjadi imam dlm solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya.
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama.
3. Suami yang matang.
4. Bertanggung jawab.
5. Suami yang ‘independent’.
6. Mempunyai prinsip dan pendirian yg jelas.
7. Melindungi anak dan isterinya.
8. Jadilah suami serba boleh.
9. Boleh membaca al-Quran.
10. Disenangi oleh orang sekelilingnya





Petikan dari buku FIQH AL-MARAH

Karangan Prof.Dr. Baltaji

Hakikat Cinta



1. Cinta kepada kehidupan kita akan lupa kematian.
2. Cinta kepada dunia kita akan lupa kepada akhirat.
3. Cinta kepada harta kita akan lupa kepada hari penghisaban Allah SWT.
4. Cinta kepada mahligai dan Istana kita akan lupa kepada kubur.
5. Cinta kepada manusia kita akan lupa kepada Yang Maha Pencipta.

Larangan Mencela Sesama Makhluk

Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 108:

وَلاَ تَسُبُّوْا الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ فَيَسُبُّوْا اللهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka telah lakukan.

As-Sobuni dalam tafsirnya “Sofwatul tafasir (Jilid 1, m/s 410)” berkata: “Dan janganlah kamu mencela sembahan-sembahan orang musyrikin dan berhala-berhala mereka maka, mereka kelak akan membalasnya dengan celaan kepada Allah dalam keaadaan jahil dan akan bersifat melampau disebabkan mereka tidak mengetahui kebesaran Allah S.W.T.
Ibnu Abbas berkata, orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan menghina Tuhan kamu”. Maka Allah menurunkan laranganNya ini.

As-Syaukani berkata dalam tafsirnya “Fathul Qadir” (Jilid 2, m/s149) ketika menafsirkan ayat ini, “ ayat ini menjadi dalil bahawa penyeru kepada kebenaran dan pencegah kebatilan, apabila bimbangkan perbuatan menghina agama orang lain menyebabkan tindakan yang melampau sebagai balasannya, maka hendaklah dia meninggalkan penghinaan itu, bahkan wajib!

Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya “Tafsir Al-Quranil Azim (Jilid 2, m/s 262)”: “Allah melarang Nabi s.a.w dan orang-orang yang beriman daripada menghina sembahan orang-orang musyrikin, walaupun ada kepentingannya, sekiranya kemudharatan lebih besar, iaitu tindakbalas orang kafir yang akan menghina Allah S.W.T.

Prof. Wahbah Az-Zuhaili berkata dalam tafsirnya “Al-Munir (Jilid 7, m/s 327): “Ulama’ berkata bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat mereka, dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya seolah-olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada Allah dan Rasulnya”.

Panduan Kebahagian Hidup Menurut Syariat Islam

Jadilah manusia paling bahagia dengan cara bersyukur, bersedih, bersabar, mendiamkan diri, berfikir, mengambil pengajaran, hidup dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT dan bersedia untuk mati dengan penuh ketenangan.

Jauhilah penipuan kerana menipu adalah punca segala kesedihan, kesedihan menyebabkan kemunduran yang memberi peluang kearah penderitaan dan segala permasalahan.

Ketahuilah orang yang mengumpat kamu adalah orang yang telah menghadiahkan kepada kamu khazanah kebaikan serta menghapuskan segala dosa kamu, dengan perbuatan mereka yang mengumpat kepada anda, anda akan bertambah kemasyhuran.

Jika kamu ditimpa kesusahan, ketahuilah ianya bagaikan awan yang berlalu di musim panas, yang pasti tidak kekal, yakinlah hujan rahmat akan tiba apabila awan tersebut berlalu.

Jika kamu ditimpa musibah, bergembiralah kerana selepas kesusahan kamu akan menemui kesenangan, sesungguhnya itulah saat yang paling bernilai dalam hidup kamu.

Jangan bermusuhan dengan manusia…

Jangan lupa untuk berdoa….
((اللهم طهر قلوبنا من النفاق وأعمالنا من الرياء ))

Ya Allah, sucikanlah hati kami dari sifat munafiq dan sucikanlah amalan kami dari riya’ atau menunjuk-nunjuk.

Rabu, 24 Julai 2013

Kesyukuran Yang Begitu Bernilai

Mari kita berdoa ke hadrat ALLAH subhanawata'ala semoga nyawa dan kesihatan pada jasad kita terus dipelihara dan berada dalam naungan rahmat-Nya hingga hari takbir kemenangan [ Bulan Syawal ]


Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dengan nama-nama Mu yang baik, dan aku berlindung untuk menghindari api neraka-Mu yang tak pernah padam.Engkaulah tempat bergantung yang tidak beranak dan juga diperanakkan, serta tidak ada satu pun yang menyerupai-Nya

Sampaikanlah shalawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya.

Tutuplah keburukan-keburukanku, ampunilah aku, cukupi rezeki ku dan kasihanilah aku.

Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menerima Taubat lagi Maha Menyayangi"

Aamiin ya mujibas assailin.

Sumber Doa Syeikh Abbas Al-Qummi

Tenteramkan Diri kita Dengan Takdir

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini,

“Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikan-Nya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu. Ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabi’e nya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan kita. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima ‘warna-warni’ kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “Sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.” Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita menikmati alam seperti seadanya. Akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah. Malah, kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nanti hasilnya, katakan pada diri, “Aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”

Jika yang diharapkan berlaku, maka bersyukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka maka bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.


Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah. Dia akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdir-Nya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stress keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah. Allah tidak akan mengecewakan kita.

Kadang-kadang kita selalu inginkan apa yang kita lihat orang lain dapat..

TAPI, kita lupa bahawa kita sudah miliki apa yang Allah beri..

Di sebalik kekurangan pasti ada kelebihan.

Sayangi diri anda, insya Allah, orang di sekelilingi akan menyayangi anda..

Sekarang kata kepada diri anda "wahai (nama penuh), aku menyayangimu, jadilah hamba yang takutkan Allah, soleh dan mempunyai hati yang murni. Aku bersyukur kerana setiap anggotaku adalah anugerah dari Allah" ameen

Malu Sebahagian Dari Iman





Letak malu pada PANDANGAN,sehingga kita mampu MENJAGANYA.













Letak malu pada PERCAKAPAN,sehingga kita berupaya MENGENDALIKANNYA













Letak malu pada PERBUATAN,sehingga ia akan MENJAUHI apa yang DILARANG oleh Allah dan Rasul-Nya













Barulah boleh dikatakan malu sebahagian dari iman..“ Malu itu cabang dari iman.” [ Hadith Riwayat.Bukhari]




Jika malu tertanam dalam diri tentu tidak akan melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya. Namun jika rasa malu tidak ada,nescaya setiap diri akan berbuat sesuka hati .Sesungguhnya sebahagian dari apa yang telah diketahui orang dari ungkapan kenabian yang pertama adalah, ‘ Jika engkau tidak malu, berbuatlah sekehendak hatimu. “ [ Hadith Riwayat. Bukhari ]




Semoga memberi manfaat dan inspirasi kita dalam perkara kebaikan.

Amalan Kesukaan Rasulullah SAW Pada Bulan Ramadhan

Amalan yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah atas sifat pemurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas menjelaskan: "Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran." [ Hadis riwayat Bukhari ]

1 .Membaca Al-Quran

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti Firman Allah yang bermaksud: "... bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." [ Surah al-Baqarah : ayat 185 ]
Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, "Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa."

Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu." [ Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi ]

2. Qiamullail

Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar meraikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
[ Hadis riwayat Bukhari ]

3. Solat tarawih

Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.

4 .Mengerjakan umrah

Perkara yang disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku." [ Hadis riwayat Bukhari ]


5. Zakat fitrah

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras.

Selasa, 23 Julai 2013

Doa Permulaan Pagi Untuk Mohon Kebaikan Dari Allah Swt.

1. Do’a Menjelang Subuh

Allaahumma innii a’uuzdu bika min dhiiqid dun-yaa wa dhiiqi yaumil qiyaamati.

Ertinya : Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat. [ [ Hadith Riwayat Abu Daud ]

2. Do’a Menyambut Waktu Pagii

Ashbagnaa wa ashbahal mulku lillaahi ‘Azza wa jalla, wal hamdu lillaahi, wal kibriyaa’u wal ‘azhamatu lillaahi, wal khalqu wal amru wallailu wannahaaru wa maa sakana fiihimaa lillaahi Ta’aalaa. Allahummaj’al awwala haadzan nahaari shalaahan wa ausathahu najaahan, wa aakhirahu falaahan, yaa arhamar raahimiina.

Ertinya : Kami telah terjaga pada Subuh dan jadilah segala kekuasaan kepunyaan Allah, demikian juga kebesaran dan keagungan, penciptaan makhluk, segala urusan, malam dan siang dan segala yang terjadi pada keduanya, semuanya kepunyaan Allah Ta’ala. Ya Allah, jadikanlah permulaan hari ini suatu kebaikan dan pertengahannya suatu kemenangan dan penghabisannya suatu kejayaan, wahai Tuhan yang paling Penyayang dari segala penyayang.

Allahumma innii as’aluka ‘ilman naafi’an wa rizqan thayyiban wa ‘amalan mutaqabbalan

Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang berguna, rezki yang baik dan amal baik kami diiterima oleh Mu. [ Hadith Riwayat Ibnu Majah ]

Ahad, 21 Julai 2013

Penyakit Hati Yang Menjadikan ALLAH swt Murka



Rasulullah sallallahu wa alaihi`wa sallam bersabda kepada menantunya, Ali radiallahu ‘anhu , ” Wahai ‘Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakit dalam hati manusia: Mohon kepada Allah supaya kita dijauhkan dari sifat-sifat yang membawa kemurkaan-Nya.




1. Penyakit bertutur adalah bohong,










“Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita maka periksalah berita itu dengan teliti agar kamu tidak menimpakan musibah pada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan ( yang sebenarnya) yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu.” [al-Hujuraat:6]




2. Penyakit orang berilmu adalah riak.













“Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa ( akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat.” [Thaahaa:115]




3. Penyakit Ahli ibadah adalah riya’,




“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” [QS. 4:142]




4. Penyakit orang yang berakhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri,




“(Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunanNya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” [an-Najm:32]




5. Penyakit orang yang berani adalah menyerang,




“Maka apakah orang-orang yang mendirikan mesjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang- orang yang zalim.” [At-Taubah:109]




6. Penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian,




“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya' kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir” [al-Baqarah:264]




7. Penyakit orang yang tampan/rupawan adalah sombong,




(Allah) befirman,"Apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?" (iblis) menjawab,"Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah." [al-A’Raaf:12]




8. Penyakit orang kaya adalah membanggakan diri,




“Ingatlah,sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan yang di bumi, ingatlah sesungguhnya janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya. Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan hanya kepadaNyalah kamu dikembalikan.” [Yunus:55-56]




9. Penyakit orang pemalu adalah lemah,




Manusia yang tidak mempunyai rasa malu berbuat kemaksiatan akibatnya lemah iman.

Nabi SAW, pernah bersabda,”Iman meliputi lebih dari 60 cabang atau bahagian. Dan Al haya’(rasa malu) adalah 1 cabang dari iman.” (Hadith Riwayat .Bukhari)




10. Penyakit orang mulia adalah menyombongkan diri,




“Katakanlah (Muhammad), "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Maha-Kuasa atas segala sesuatu.” [Ali-Imron:26]




11. Penyakit orang kaya adalah kikir/kendekut,




“Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-sekali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam huthamah (neraka).” [Al-Humazah: 1-4]




12. Penyakit seorang Raja adalah hidup mewah




“Sesungguhnya Pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara setan dan setan-setan itu sangat ingkar Kepada Allah.” [Al-Israa’ :27]




13. Penyakit Ahli agama adalah nafsu yang diperturutkan




“Yang menyebabkan agama itu cacat adalah hawa nafsu.”(HR asy-Syihab)

“Pernahkah kamu pernah melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya (bahwa ia tidak layak lagi memperoleh petunjuk), serta Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan di atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mau ingat? “ [ al-Jaatsiyah:23]

Doa Memohon Dihindar Bala Dan Musibah




"Allahumma inni a'udzubika min jahdil bala'i
wa darkisy-syaqa'i
wa su-il qadha'i
wa syamatatil a'da'i"

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari rasa penderitaan, dari takdir yang buruk dan dari tipu muslihat musuh."

(Hadith Riwayat. Bukhari & Muslim )
PRAYER SO that in the KEEP of BALA and CALAMITIES "Allahumma inni a'udzubika min bala'i wa jahdil syaqa'i wa-darkisy su-il qadha'i wa syamatatil a'da ' i" meaning: O Allah, I seek refuge with thee from the encounter of suffering, of destiny and of the success of the enemy. "

(Narrated By Al-Bukhaari, Muslim &)

Sabtu, 20 Julai 2013

Fadhilat Solat Sunat Tarawikh

Solat sunat tarawih tidak memiliki batasan rakaat tertentu yang menjadi keharusan. Jika engkau solat bersama imam, wahai saudaraku, teruslah bersamanya sehingga selesai, agar dicatat untukmu pahala Qiyamullail (solat pada seluruh malam).

Rasulullah -shalallahu alaihi wasallam- bersabda:
(( مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ))
“Siapa yang solat sunat bersama Imam sehingga selesai, dicatatkan baginya solat pada seluruh malam.”

[HR. At-Tarmidzi dan Ibnu Majah. Hadits sahih]

Dari Abu Hurairah, radhiyallahu anh, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

”Sesungguhnya Allah Ta'ala mencintai orang yang bersin dan benci kepada yang mengantuk.

Jika ada di antara anda bersin dan memuji Allah Ta'ala (mengucap Alhamdulillah), maka wajib bagi setiap muslim yang mendengarnya mengucapkan kepadanya YARHAMKALLAH (semoga Allah merahmatimu).

Adapun mengantuk sesungguhnya dari syaitan.

Maka jika ada di antara anda yang mengantuk hendaklah ia melawannya sedapat mungkin. Dan jika seseorang di antara mengantuk maka syaitan mentertawakannya” (Hadith Riyawat Bukhari)

1)` Memuji Allah subhanahu wa ta'ala, pada masa bersin dengan mengucap Alhamdulillah, adalah adab bersin yang pertama.

“Jika seseorang di antara anda bersin dan mengucap ALHAMDULILLAH, maka saudaranya (yang mendengar) mengucapkan doa YARHAMUKALLAH, lalu yang bersin itu akan mengucapkannya lagi Yahdikumullah wayusliha baalakum” (Hadith Riwayat Bukhari)

2) Meletakkan tangan menutupi mulutnya dan merendahkan suaranya.

Dari Abu Hurairah, radhiyallahu anhu, beliau berkata,

“ Jika Rasulullah bersin, maka beliau meletakkan tangannya atau ujung bajunya di atas mulutnya, dan merendahkan atau menahan suaranya” (Hadith Riwayat

Abu Daud dan Tirmidzi)

Solat Tiang Agama

Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu akan menjadi CAHAYA, PETUNJUK DAN KESELAMATAN kepadanya,Tetapi barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan keselamatan kepada dirinya." ( Tabyinul Mahaarim )

Jumaat, 19 Julai 2013

Ibadah Mencegah Mungkar

IBADAH itu mulanya sungguh berat,
namun bila sudah menjadi rutin di AMALkan akan rasanya jadi NIKMAT,
bila sudah rasa NIKMAT ada lagi yg perlu dipelihara melalui ISTIQAMAH dalam TAAT.

Apabila sudah TAAT biasanya kita jadi MALAS untuk melakukan MAKSIAT.
Dengan KETAATAN yang tidak terhingga , Insyallah BAHAGIA di dunia dan akhirat.

Apa yang PENTING kita cuma PERLU menanamkan bibit-bibit SIFAT RENDAH DIRI agar HIDUP ini dijalani dengan SELAMAT.


-Syed Hassan Ramadhan


" Sesungguhnya pada waktu malam ada satu saat (waktu). Seandainya seorang Muslim memohon suatu kebaikan di dunia mahupun d iakhirat kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT akan memberinya. Dan itu berlaku setiap malam. "
( HR Muslim )


"At night there is one moment (time). If a Muslim asked a favor of the world as well as akhirat to Allah SWT, Allah SWT will give him. And it applies to every night. "(Narrated By Muslim)
The beginning of worship was really heavy, but if it is familiar it feels so deliciously.  When there are already more favors like guarded but what will remain is consistence in obedient.

When you've finished devout lazy usually immoral.

When already obedient Insyallah happy world and the hereafter.

Live how we sow seeds of humility to survive.




" if you were to rely on ALLAH as He should be relied on, He will provide for you as He provides for the birds.They go out in the morning hungry and return in the evening full " ( At-Tirmidhi )

Isnin, 15 Julai 2013

Ibadah Puasa






Bismillahirrahmanirrahim

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."

Surah Al Baqarah, ayat 183

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."


PENGERTIAN PUASA

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.


PUASA WAJIB

Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.



PUASA SUNAT
  • Puasa enam hari pada bulan Syawal 
  • Puasa hari Arafah 
  • Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam 
  • Puasa bulan Syaaban 
  • Puasa Isnin dan Khamis 
  • Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah) 

PUASA MAKRUH
  • Puasa yang terus menerus sepanjang masa 
  • Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq 

PUASA HARAM
  • Puasa pada hari raya pertama Aidil Fitri 
  • Puasa pada hari raya pertama Haji 
  • Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah. 

SYARAT WAJIB PUASA
  • Beraka
  • Akhir Baligh (Cukup umur) 
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa 

SYARAT SAH PUASA
  • Islam 
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk) 
  • Suci daripada haid dan nifas 
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa. 

RUKUN PUASA
  • Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok. 
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari. 

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
  • Makan dan minum dengan sengaja. 
  • Muntah dengan sengaja. 
  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan. 
  • Keluar darah haid atau nifas. 
  • Gila. 
  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa. 

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
  • Orang yang sakit. 
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km. 
  • Orang tua yang sudah lemah. 
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Kepentingan Ilmu



Adalah menjadi kewajiban menuntut ilmu sebelum mempraktikan dalam bentuk amalan. Semua ilmu akan mejadi memori dalam fikiran orang yang berilmu dan bertindak menjadi panduan dalam segala perkara yang bakal dilakukan supaya mendatangkan hasil yang terbaik.

Di dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawasanya ilmu yang dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia hanya sedikit sahaja. Ilmu yang disertai oleh iman bermaksud mempunyai perasaan pertimbangan, iaitu mizan dunia yang mengimbangi tuntutan hidup.

Dalam kehidupan sebenarnya kita berlumba, bersedia merebut peluang, yang kuat akan berjaya dan yang lemah akan ketinggalan.Golongan kaya terus mengumpul kekayaan dunia manakala yang miskin hidup melarat. Kemajuan ilmu yang tinggi telah menyebabkan taraf pekerjaan menjadi rendah, ramai buruh terpaksa diberhentikan kerana ilmu teknologi mesin telah mengambil tempat tenaga manusia. Oleh yang demikian berusahalah dan bekerja seiring dengan ilmu pengetahuan supaya benar-benar memberi menafaat kepada manusia tanpa merosakan alam.

Ahad, 14 Julai 2013

Ibadah Sahur



1. Hikmah Sahur

Allah mewajibkan puasa kepada kita sebagaimana telah mewajibkannya kepada orang-orang sebelum kita dari kalangan Ahlul Kitab, Allah berfirman (yang artinya): 
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa."
(QS Al Baqarah: 183).

Waktu dan hukum yang diwajibkan atas Ahlul Kitab adalahi tidak boleh makan, minum, dan jima’ setelah tidur, artinya jika tertidur, maka tidak boleh makan sampai malam berikutnya. Hal itu ditetapkan juga untuk kaum muslimin, sebagaimana telah dijelaskan. Maka ketika hukum tersebut dihapuskan, Rosulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan umatnya makan sahur untuk membedakannya dengan puasa Ahlul Kitab.

Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiyallahu ‘anhu Rosulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), "Pembeda antara puasa kita dengan puasanya Ahlul Kitab adalah makan sahur."       
 (HR Muslim 1096)

2. Keutamaan Sahur

a. Sahur Barokah

Dari Salman radhiyallahu ‘anhu Rosulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), "Barokah ada pada tiga perkara: Jama’ah, Tsarid, dan makan sahur." 
(HR Thabrani, Abu Nu’aim)

Dari Abdullah bin Al Harits dari seorang shahabat Rosulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: Aku masuk menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika dia makan sahur, beliau berkata, "Sesungguhnya makan sahur adalah barokah yang Allah berikan pada kalian maka janganlah kalian tinggalkan."
                                                                              (HR An Nasaa`i dan Ahmad)

Keberadaan sahur sebagai barokah sangatlah jelas, karena dengan makan sahur berarti mengikuti sunnah, menumbuhkan semangat serta meringankan beban yang berat bagi yang berpuasa, dalam makan sahur juga menyelisihi Ahlul Kitab karena mereka tidak melakukan makan sahur. Oleh karena itu Rosulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menamainya makan pagi yang diberkahi sebagaimana dalam dua hadits Al Irbadh bin Sariyah dan Abi Darda` radhiyallahu ‘anhuma,
"Marilah menuju makan pagi yang diberkahi, yakni sahur."


b. Allah dan MalaikatNya bershalawat kepada orang-orang yang sahur.

Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rosulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), "Sahur itu makanan yang barokah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya meneguk seteguk air, karena Allah dan malaikatNya bershalawat kepada orang-orang yang sahur."

Oleh sebab itu, seorang muslim hendaknya tidak menyia-nyiakan pahala yang besar ini dari Rabb yang Maha Pengasih. Dan sahurnya seorang mukmin yang paling afdhal adalah korma.

Bersabda Rosulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (yang artinya), "Sebaik-baik sahurnya seorang mukmin adalah korma."
(HR Abu Dawud, Ibnu Hibban, Baihaqi).

Barangsiapa yang tidak menemukan korma, hendaknya bersungguh-sungguh untuk sahur walau hanya dengan meneguk satu teguk air, karena fadhilah (keutamaan) yang disebutkan tadi, dan karena sabda Rosulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (yang artinya), 
"Makan sahurlah kalian walau dengan seteguk air."


3. Mengakhirkan Sahur

Disunnahkan mengakhirkan sahur sesaat sebelum fajar, karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu melakukan sahur, ketika selesai makan sahur Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bangkit untuk sholat subuh, dan jarak (selang waktu) antara sahur dan masuknya shalat kira-kira lamanya seseorang membaca lima puluh ayat di Kitabullah.

Anas radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu, "Kami makan sahur bersama Rosulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian beliau shalat, aku tanyakan (kata Anas): Berapa lama jarak antara adzan dan sahur? Beliau menjawab, "Kira-kira 50 ayat membaca Al Qur’an."
(HR Bukhari Muslim)

4. Hukum Sahur

Rosulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkannya -dengan perintah yang sangat ditekankan. Beliau bersabda (yang artinya),
"Barangsiapa yang mau berpuasa hendaklah sahur dengan sesuatu." (HR Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Abu Ya’la, Al Bazzar).
Dan bersabda (yang artinya),
"Makan sahurlah kalian karena dalam sahur ada barokah." (HR Bukhari Muslim).

Tasauf Yang Benar


Pusat-pusat ilmu (MADARIS ‘LLMIYAH) dan ilmu pengetahuan tauhid makrifat yang merupakan alat untuk mengenal ALLAH. Secara keseluruhannyametodologi programnya mahupun teknik perlaksanaannya memperlihatkan wawasanyang tertinggi dalam pemikiran Islam dan bentuk yang paling sempurna peradapandan idealisme kita.


Tasawuf juga memperlihatkan kesempurnaan keimanan dan dalampelbagai aspek kehidupan selain itu memperlihatkan ketulusan yang suci bagisetiap seruan Tuhan, Sesungguhnya tasawuf adalah suatu kebenaran (SIDIQ), amanah , menunai janji, mendahulukankepentingan orang lain, kemuliaan, kemurahan membantu yang lemah, menolong yangteraniaya, saling membantu dalam kebaikan dan ketaqwaan,saling berpesan dengankebenaran dan berlumba –lumba melakukan kebaikan, kesemua nya memperlihatkanakhlak yang lurus mulia dan benar melalui perjalanan indah dan akhlak yang suciseperti inilah, lahirnya pahlawan-pahlawan generasi pertama umat Islam danrijal-rijalnya.Muncullah di hadapan kita , keperibadian Islam yang sempurnacantik dan sempurna sifatnya bahkan menjadi teladan yang sangat tinggi. Telah diriwayatkan kepada kita sejarah sahsiah umat islam generasi pertama tersebutyang berupa pembicaraan atau berita yang penuh dengan kemuliaan, keagungan, kebanggaankepimpinan jihad dan pelajaran mengenai hadharah Islam.


HULUF-bersambung

ITTIHAD-menyatukan

KHULUQIYAH-morality/psikologi

ILHAAD-penyelewengan

RUHIYIAH-btinian

MAHABBAH-kecintaan

MAKAM IKHSAN-suka berbuat kebajikan.

Sabtu, 13 Julai 2013

Sahabat Dunia Akhirat



Sahabat itu wujud dari satu pertemuan dengan 
10 PERTANYAAN
100 KEYAKINAN
1000 kali PENGORBANAN
serta berjuta-juta perjuangan dengan ...



1 KEIKHLASAN.
Manusia yang paling memberi manfaat untukmu adalah seseorang yang membiarkan dirimu bergaul dengannya, sehingga engkau mampu menanamkan kebajikan atau memberi kebaikan padanya. Kerana dia merupakan sebaik-baik penolong bagimu agar engkau mampu memberikan manfaat dan menuju kesempurnaanmu. Pada hakikatnya, ketika engkau memanfaatkan temanmu itu sama saja dia sedang memanfaatkan dirimu, atau bahkan lebih banyak lagi.

Sementara manusia yang paling berbahaya bagimu adalah orang yang mampu mempengaruhimu, sehingga engkau bermaksiat pada Allah dalam pertemuan itu. KeraNa dia sesungguhnya telah menjadi penolongmu untuk membahayakan dirimu dan menyerang kekuranganmu.

(Al-Fawaid, karya Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, hlm. 192, Maktabah Asy-Syamilah).

Jumaat, 12 Julai 2013

Latih minda menjadi positif



1) Bacalah kandungan buku-buku yang membina akal.


2) Latih deria pendengaran kita supaya memiliki seni mendengar.


3) Renung kekurangan diri sendiri agar boleh diperbetulkan.


4) Berfikir dan berzikir.


5) Hadapilah segala masalah dan dugaan dengan kesabaran yang tinggi.


6) Sentiasa Ingat ALLAH subhanawata'ala.

Kemanisan Iman

Rasalah kemanisan Iman melalui tindakan berikut :

1) Buat ibadat dan kerja kerana ALLAH subhanawata'ala.


2) Benci kemungkaran kerana ALLAH subhanawata'ala.


3) Sayangi makhluk kerana ALLAH subhanawata'ala.


4) Penuhi dada dengan ilmu pengetahuan yang memberi manafaat kepada alam dan makhluk.


5) Sampaikan hadis Rasullulah kepada umat manusia walaupun dengan satu ayat.


6) Perbanyakan sedekah kepada yang memerlukan.


7) Lakukan penyelesaian terhadap masalah yang timbul menurut syariat Islam.


8) Dekati diri kita dengan golongan alim-ulamak.


9) Bersangka baik dengan ALLAH subhanawata'ala sewaktu menerima ujian kehidupan.


10) Berbakti kepada kedua orang tua dengan penuh kasih-sayang.

Pelihara Pancaindera Mata Penuh Kesyukuran

Penglihatan oleh mata yang berhubung dengan hati yang bersyukur akan mudah mengenali erti keindahan. Nikmat mata yng dianugerah oleh ALLAH subhanawata'ala kepada kita sebaik-baiknya dimenafaatkan untuk melihat perkara-perkara yang baik. Peliharalah pancaindera penglihatan ini,mudah-mudahan kita beroleh petunjuk dalam menyelesaikan banyak perkara dengan bantuan ALLAH subhanawata'ala.

Keuntungan Akhirat Yang Abadi



Mari kita memilih keperibadian yang penuh dengan ketulusan hati dalam tindakan.

1) Rasa beruntung menjadi orang yang menyenangkan orang lain.

2) Rasa beruntung menjadi orang yang mudah membantu orang lain.

3) Rasa beruntung menjadi orang yang sayang kepada makhluk lain.



SyedHassan-Ramadhan.blogspot.com

Khamis, 11 Julai 2013

Kemuliaan Hati

Carilah hatimu di tiga tempat.

1) Hati mu ketika hadir solat.

2) Hati mu ketika membaca Al-Quran.

3) Hati mu ketika mengingati mati.

Tetapi jika tidak ditemui hati mu di tiga tempat tersebut maka berdoalah pada ALLAH subhanawata'ala agar diberikan sekeping hati supaya dapat kamu menjalankan tiga perkara tersebut dengan tulus ikhlas.