Rabu, 14 Ogos 2013

Kepentingan Ilmu Pengetahuan



Adalah menjadi kewajiban menuntut ilmu sebelum mempraktikan dalam bentuk amalan. Semua ilmu akan mejadi memori dalam fikiran orang yang berilmu dan bertindak menjadi panduan dalam segala perkara yang bakal dilakukan supaya mendatangkan hasil yang terbaik.

Di dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawasanya ilmu yang dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia hanya sedikit sahaja. Ilmu yang disertai oleh iman bermaksud mempunyai perasaan pertimbangan, iaitu mizan dunia yang mengimbangi tuntutan hidup.

Dalam kehidupan sebenarnya kita berlumba, bersedia merebut peluang, yang kuat akan berjaya dan yang lemah akan ketinggalan.Golongan kaya terus mengumpul kekayaan dunia manakala yang miskin hidup melarat. Kemajuan ilmu yang tinggi telah menyebabkan taraf pekerjaan menjadi rendah, ramai buruh terpaksa diberhentikan kerana ilmu teknologi mesin telah mengambil tempat tenaga manusia. Oleh yang demikian berusahalah dan bekerja seiring dengan ilmu pengetahuan supaya benar-benar memberi menafaat kepada manusia tanpa merosakan alam.

Ahad, 11 Ogos 2013

Jiwa yang Zuhud

"Kekayaan tidaklah diukur dengan banyaknya harta, namun kekayaan yang hakiki adalah kekayaan hati."